

Kaunseling
Pengenalan
Berdasarkan laporan Kes Juvana Daerah di Kedah yang terdapat pada data terbuka kerajaan, Seramai 89 pesalah tersebut terdiri daripada pelajar sekolah. Namun begitu, pastinya terdapat banyak lagi kes yang tidak dilaporkan kepada pihak berkenaan atas beberapa faktor. Antara faktor tersebut ialah sesetengah pihak yang enggan melaporkan hal tersebut termasuklah mangsa kes itu sendiri. Hal ini disebabkan oleh perasaan takut diancam, malu, atau mungkin sesetengah pihak yang lebih suka melakukan tindakan sendiri yang akan memburukkan lagi keadaan selain daripada dapat menyelamatkan maruah institusi mereka daripada tercalar. Oleh itu, dalam memastikan kanak-kanak yang menghadapi masalah tersebut dapat menuntut hak mereka dengan melaporkan masalah yang berlaku diatas diri mereka atas talian. Harapan kami dengan terbinanya website ini maka mangsa akan lebih mudah untuk melaporkan tanpa perlu rasa takut dan malu. Hal ini kerana segala informasi yang diberikan adalah rahsia diantara kaunselor dan kliennya sahaja.
